Thursday, November 11, 2010

Tahniah Balqis ;)



*Balqis bersama isteriku tersayang. Terselit tu Farahin ;)



Alhamdulillah, tumpang gembira arini bila pagi tadi dalam pukul 11.30 Kak Lela hantar sms berbunyi begini ;

"Balqis 5A"

Walaupun pendek dan agak sekerat sms tu, tapi dah cukup buat aku tumpang gembira dengan kejayaan anak saudara ku sorang ni. Bijak, kuat bercakap, kuat baca novel cinta dan yang penting dia menggilai apa yang datang dari korea hahahah.

Cuba sebut apa, Super Junior? Sebut lagi apa nama actor, fuh kalah beb!



Meh cerita sikit pasal anak buah aku sorang ni ye?

Balqis anak sulung dari 3 orang adik beradik. Namanya cukup pendek. Kak La kata Bang Mat cakap senang nak panggil, nak sebut dan senang kalau nak tulis nama kat mana-mana. Ya betul gak kan? Dan yang penting ada makna, jangan pendek je tapi maksud nama entah apa-apa.

Dulu kecik-kecik comel je selalu aku gigit-gigit tapi sekarang ni jangan kata aku nak gigit, semut nak gigit pun pikir 40 kali hahahahah. Badannya sekarang cukup sihat Alhamdulillah macsm maknya jugak lah, hehehe

Ok lah Cik Enol nak ucapkan tahniah buat Balqis dan semoga dapatlah masuk ke sekolah berasrama. Boleh la berdiet sikit dan makan ikan jacket. Apapun semoga menjadi anak yg solehah yang taat kepada ayah dan ibu dan juga semoga menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat kelak.

Chugha haeyo Aqis!

Friday, November 5, 2010

Happy Deepavali dan Selamat Hari Jumaat ;)



Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada kaum India/Hindu diseluruh pelusuk dunia (macam satu dunia baca blog aku ni keh keh keh) dan juga Selamat Solat Jumaat, jgn tinggal solat Jumaat abang-abang ye? ;p

Oh ya dan selamat bercuti ;)

*mood ;)

Thursday, November 4, 2010

Mak dalam kenangan..


‎4.11.1948-20.2.1995 Hajjah Jumai'ah Haji Said bonda tersayang.



Alhamdulillah harini aku hampir terlupa tarikh ni.



Kenapa?



Hari ni hari jadi bonda, ibu, emak tersayang kami (?) Yelah aku kan ada adik beradik 8 org. Jadi kami la ;)


Ni pun teringat bila aku terbaca wall Facebook adik aku Huda



Oh ya aku nak cerita sikit pasal latar belakang arwah mak aku.


Mak aku anak keempat dari 5 org adik beradik. Panggilan arwah mak adalah Mak Anjang. Anak kepada Haji Said bin Tamrin dan juga Hajjah Bawon Haji Ma'asom. Arwah seorang yang agak pendiam tapi ramah, yelah kalau dia tak kenal sgt kat orang mmg la dia jadi pendiam ;)


Mak berkahwin dengan sepupunya sendiri iaitu Haji Siam Haji Judi. Abah adalah anak kepada Haji Judi bin Karyo dan Hajjah Kamsilah binti Tamrin. Ya arwah mak abah dan arwah bapak mak adalah adik-beradik.



Mak dan abah dikurniakan 8 org anak (ya! 8 tau)


Anak pertama - Badrul Hisham
Anak kedua - Nurul'Ain
Anak ketiga - Siti Nordalela
Anak keempat - Mohd Ainullqamar (aku la)
Anak kelima - Nurullhuda
Anak keenam - Nurul Fariza
Anak ketujuh - Nurul Aqmar
Anak kelapan - Muhd Danial Asyraf


Fuh 8 tau! Bukan senang! Tapi Alhamdulillah kesemuanya sekarang dah besar panjang. dah berkahwin dan berjaya. Kadang-kadang bila teringat arwah mak rasa sedih bila dia tak nampak perkembangan anak-anak dia.




Tapi.....



Allah lebih menyayangi mak.........


Mak pergi meninggalkan kami pada tarikh 20 hb February 1995 seminggu lagi nak beraya ;( dan aku nak ambik SPM pada tahun tu. OMG mmg betul-betul dugaan masa ni. Aku betul-betul menangis bila adik aku yg bongsu tanya kat abah,




"Abah...Mak nak pergi mana?"

Abah dengan cool jawab...

"Mak nak pergi jumpa tuhan"..

Adik aku tanya lagi...

"Tuhan kat mana Abah?"...

Abah jawab..

"Tuhan dimana-mana, kita semua tak nampak, tapi DIA nampak kita"..

Adik aku terdiam lantas abah menyuruh dia mencium mak...


Ya Allah!!

Aku pergi ke sinki dan menangis tersedu-sedu....speechless..................


Oh...........aku dah takda mak....




Keesokan harinya....




Pada hari pengkebumian aku menyaksikan cukup ramai, ya cukup ramai yang dtg berziarah, Alhamdulillah..... Maha suci ENGKAU Ya ALLAH!

Arwah mak disolatkan jenazah sebanyak 2 kali. Yang pertama diatas rumah dan yang kedua dihalaman rumah. (ada court badminton dihalaman rumah ketika itu.)

Dan ketika dibawa ke tanah perkuburan masih ramai yang mengiringi jenazah. Subhanallah!

Samapai di tanah perkuburan dan ketika dimasukkan ke liang lahad, aku masih terkedu dan tersedu manahan tangisan. Abah cukup tenang ketika memasukkan jenazah ke liang lahad. Abah mmg cukup tabah.....

Selesai diletakkan kedalam liang lahad. Abah membuka ikatan dikepala jenazah dan membukanya untuk kami semua melihat untuk kali terakhir jenazah bonda tersayang kami..

Dan ketika papan liang lahad ditutup. Kami semua terdiam sambil membacakan Al-Fatihah dan mengepalkan tanah lalu ku campak kan ke dalam liang lahad.

Selesai Talqin dibacakan...aku pergi ke sebatang pokok dan menangis disitu tanpa segan silu... Allayarham Haji Hamzah (atuk saudaraku dan juiga merangkap Imam Masjid kampung) menenangkan aku dan memberi kata semangat pada ku...

Ya Allah......




Seminggu selepas......



Adik aku yang perempuan bermimpi berjumpa dengan arwah mak didalam mimpi....

"Mak lawa...mak pakai baju putih...." adik aku berkata..

"Mak mandikan kemar, pakaikan bedak"

"Kemar tanya kat mak, tapi mak diam je, mak senyum je.."


"Lepas tu mak tinggalkan kemar sambil lambai-lambai tangan, kemar panggil mak, tapi mak lembai sambil senyum"...adik aku bercerita didepan kami adik beradik, Kak Zah dan juga Cik Com (kawan baik mak)

Ke semua menangis berlinangan air mata....tanpa ada kata-kata...




Sebelumnya....



"Enol pandai masak bubur tak? Mak nak makan bubur, mak lapar"..

Tanpa banyak soal aku gi dapur, hidupkan api, ambik periuk isi beras dan air. Aku sukat macam apa yang mak ajar dan aku tenggek atas dapur.

"Letak garam sikit tau dalam tu" aku dengar mak menjerit perlahan....

Aku ambik kuali, aku cuci ikan bilis dan aku goreng.....Selesai goreng ikan bilis aku ambik lesung dan aku tumbuk ikan bilis..

Kurang dlm 20 minit aku check balik bubur nasi tu untuk pastikan yg bubur tu betul-betul lembut dan tak keras.....

Dah siap aku cedok bubur nasi dan aku letak ikan bilis, tanpa ada sayur, telur masin ataupun udang kering.. aku bawak pada mak..


"Mak dah siap" aku cakap kat mak. Aku pergi kat mak yang duduk kat kerusi malas. Aku letak bubur aku ambik air masak.

"Enol suap ye?" aku ckp kat mak..

Mak makan bubur nasi aku hampir habis!

"Sedap bubur ni" mak cakap kat aku...aku terdiam...




Sekarang..



Ingatan tu tak akan luput dari benak pikiran aku. Aku akan pastikan setiap Juma'at aku bacakan Yassin untuk arwah mak dan juga ahli-ahli keluarga ku yang lain....


Semoga mak berbahagia disana...



Al-Fatihah.

Wednesday, November 3, 2010

refused, kartun dan seniman agung


Refused - A Shape Of Punk To Come Deluxe Edition

ah aku baru download lagu2 diatas(nak beli bukan saja tak mampu, tp leceh) keh keh keh dan overall mmg puas ati lah aku download, well well well skang ni tgh sebok menyukupkan discography2 band2 yg aku agak minat(ada gak yg tak brp minat, tp mungkin kerana vox dia lawa ataupun atas sebab yg aku kadang2 tak tau). aku dah penat nak download dvd2 concert (buat masa skarang la) tp besok2 mana la tau kan? movie pon macam tu gak, kalau aku malas sgt mmg aku gi umah dafiq aku copy je la movie yg dia ada sonang bai tuuu!




sambil menunggu siapnya download music2 mp3 aku tgh download jugak ice age 2 meltdown bluray, aku tak ambik size yg beso sebab malas, so aku decide aku amik lah yg 3.2 gb punya, beso gak. tapi nak tgk gambo yg lawa punya pasal so aku download la jugak kan? ngeh ngeh ngeh kira konon2 puas ati la kan gamaknya! hahahahah





dan ice age 3 dawn of a dinosaur ni aku download jugak, tp lepas yg ice age 2 tu siap la, yg ni agak beso la file dia dalam 7.3 gb wahahahah mapuh nak tunggu, ketiga-tiga cerita ice age ni semuanya aku tgk kat wayang bersama endut (kini bini aku) di gsc midvalley. (tpt kami berendut) ngeh ngeh ngeh dan ya bini aku mmg suka tgk wayang dan aku bernasib baik tak tgk cerita melayu dgn dia. aku bukan anti dgn movie ataupun cerita melayu, tapi korang bukan tatau cerita melayu pusing2 benda yg sama je so bosan! yang paling aku tak bosan adalah cerita p.ramlee



yay! aku dah abis download full discography Paramore!!!!

cover album diatas takda kene mengene dgn cerita yg aku nak tulis ni hehehehhe

oh ya p.ramlee, seniman agung malaya/malaysia/singapore, akan tetapi di akhir hayatnya meninggalkan kita semua dgn cerita2 dan lagu2 yg hebat tetapi....beliau meninggal dunia dalam kedaifan. sungguh kasihan melihat nasib p.ramlee.


*gambar diambil daripada web p-ramlee.com.my

seniman agung yang kita ada meninggalakan kita semua dlm keadaan yg sungguh daif. aku tgk di history channel dan aku rasa sungguh marah pada org2 melayu yg tak mengenang budi seniman agung kita. org luar menyenangi karya2 beliau. ahmad dhani pon remix lagu beliau dan hasilnya lagu yg telah diremix tersebut lagi popular!

umum kita tau perangai org2 kita kat malaysia ni mcm mana kan? dan aku jugak sungguh sedih bila kerajaan malaysia hanya mampu mengumpul beberapa (beberapa?) lagu dari hasil karya p.ramlee untuk diberikan royaltinya kepada waris2nya yg sah. sayang sungguh karya2 lain jatuh ke tgn shaw brothers begitu sahaja. beringatlah kita supaya berhati hati dgn karya kita. esok2 org lain yg kaya dari hasil titik peluh kita tu, damnnnn!

*mood - tak berapa nak elok

Monday, November 1, 2010

pergh makan taun tak update!




rajin betul aku nak update blog, dulu beria sgt nak buat blog, hambik ubat hehehehe

oh ye gambo diatas adalah gambo encik harman dan anaknya muhammad irfan, aku semalam gi melawat anaknya bersama bini aku di Darul Ehsan Medical centre di shah alam, quite nice utk org berduit dan utk org yg kompeni dia tanggung hehehehe, tembammmmmmmmmmmm irfan.

oh ye tadi dlm lepas maghrib bini aku beria-ia nak ajak gi jusco, nak tuko kupon katanya. maklumlah skang ni barang2 mahal, so kupon tu boleh la buat beli barang2 anak aku yg bakal lahir nanti dlm ujung bulan 1. fuh tak sabo pon ada, takut pon ada, derdek pon ada. yolah anak pertama kan, Alhamdulillah....laki ke pompuan tu nombor 2, Allah nak bagi kita rezeki kita bersyukur lah, kan anak tu rezeki kan? eh eh dah tidor lak bini aku, hehehe syhhhh takpa biokan, aku malas nak gi sebenonya, besok2 je lah, lagipon midveli ni dopan umah je kekekekek



semalam bini aku tanya "dah carik ke nama anak lelaki?" aku mmg dah carik nama utk anak pompuan, takyahla sebut dulu, heheheh


ha semalam jugak hari sabtu ada kerja kawen kat sini, sedara belah bini aku, beria lah bini aku suruh aku gi rewang (mentang2 aku org kampung) so aku gi lah rewang macam kat kampung. yang bestnya aku tak kenal sorang pon hahahahaha kecuali bapak budak yang mak mertua aku jaga, tu pon borak biasa je, ha dgn si abg pengantin laki, tu pon takdala berapa rapat, cuma pernah berborak2 pasal sekapal kan (org jawa) keh keh keh



agak meriah la jugak, aku ni mcm kera sumbang tatau dgn sapa aku nak borak. last2 aku tgk ada spot baik punya utk aku tolong rewang, mana lagi! jaga lauk la! hahahahaha yg bestnya blakang tempat aku jaga tu makcik2 dok duduk ramai2 buh lauk dlm pinggan. maka makcik2 tu pon melihat aku lah rewang tanpa henti, mak mertua aku pon ada kat situ sekali. punyalah penat sampai 2x je aku bleh benti sap okok. rupanya dalam diam2 mak2 org tu semua memerhati aku hahahahah lawak seh, tak perlulah apa aku sebut apa yg dia org cerita pasal aku kat mak mertua aku. nanti kembang pulak aku kan hahahahah



ah aku dah lama tak menaip. penat la weh. nak buat air melo ais tabur dulu, then solat isya' kejut bini pastu aku nak tido, selamek!

Friday, February 12, 2010

Balik Kampung!




Happy Chinese New Year all!

Wednesday, February 10, 2010

Makan!

Tiba2 lak gua rasa lapo, aduh bini aku dah tido, apa aku nak melantak ni


Raya Cina

Minggu ni bini aku dah plan ajak balik kampung (mana lagi Pt Yob Darat la) hahaha. Yang pening sekarang ni kita org nak gerak mlm Jumaat of kossssssssssss jalan jam, tapi kalau aku balik ari Sabtu pun jam gak? Lagipun adik aku yg study kat Politeknik Ungku Omar pon nak balik kampung jugak saing aku. Adik aku lagi sorang balik ari Sabtu.



Pikir punya pikir balik je la Jumaat mlm tu. Adik aku si Danial ni takda kelas Jumaat, tapi aku pun tak tau kenapa dia tak beli tiket awal sikit. Kalau xsenang la sikit, xdalah aku menunggu dia sampai kl pukul 8 mlm. Tu pon nasib baik adik aku Huda menawarkan diri pick up Danial kat Pudu. Lega sikit, xdalah aku nak bersesak2 kat Pudu tu nak ambik dia. Heheheheh Trimas Huda.



Aku pun dah lama gak xbalik kg semenjak majlis aku tu ari. Rindu aku hehehehe. Macam2 plan la, nak ngeteh la nak gi umah Mak Usu aku la gi situ la gi sini la, tapi yg penting dpt lepak ngeteh dgn kawan2 huhuhuhu happening beb! So balik kampung!!!!!!!!!!

Saturday, February 6, 2010

Sabtu 6/2/10

Mlm tadi bini gua dah sebok ajak gua jogging pagi ni. Perghhh beta! Dah la gua lama tak jogg, tiba2 ajak gua gi jogg, mmg beta la!!!

.......

Pukul 7.30 bini gua dah tanya, nak pegi jogging x? Gua selamba kodok jawab jom! MMg carik nahas aku ni hahahahah

......

Maka berjogging lah gua! Damn!

Thursday, February 4, 2010

Candid Gambo majlis Kahwin



*Keris Kontot











*Rahimah Aziz



*Bapak Mertuaku yg rock!



*Pakcik ku dan keluarga yg juga rock!



*Andaq Fithry pengapit aku



*Sembang2 bersama Cipoi (cameraman Senseless Art Photography) dan jugak Andaq Fithry.



*Kalut

Ni antara gambar2 candid yang telah diambil oleh Cipoi (Senseless Art Photography) semasa majlis pernikahan & juga reception aku pada 12 &13 Disember lepas. Gambar2 lain akan aku upload disini. Korang boleh tgk semua gambar2 yang telah diambil oleh Cipoi dlm link tersebut.

Tapi ada cerita lawak jugaklah kan. Sepatutnya pada hari aku menikah tu Andaq pengapit aku tu patutnya ada. Tapi oleh kerana kekalutan aku lambat utk bgtau dia, dia pulak tak tau tempat majlis maka pada hari menikah tu dia xda...hahahahahah lawak jugak pasal dia dah sampai Abdullah Hukum tu tapi xtau majlis kat mana.

Maka nak dijadikan cerita, dia msg kat aku "Takpalah nol aku gerak dulula" hahahahah time tu aku tgh menikah lak tu. Kesian Andaq...hahahahahah


Oh ya....aku nak cerita sikit pasal Tok Kadi aku ni haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


*Tok Kadi yang kerek

Ni lah dia Tok Kadi yang kerek tu. Kenapa aku kata kerek? Sebab dia sebok nak membahasakan diri semasa proses Ijab dan Qabul menggunakan kata ganti SAYA. Kalau la dia bagitau aku awal2 kan senang. Aku ni bknnya tak penah tgk org nikah, tapi Tok Kadi ni mmg lain mcm sikit, papahal pon Alhamdulillah semuanya dah selamat! Amin!

Andaq still blur2 hahahah



Wednesday, February 3, 2010

Budak Main Api (jgn main api nanti terbakar)



Aku gi bukak you tube tadi. Belek punya belek aku try la type band kegemaran aku Boy Sets Fire. Band ni dah pun takda. Kebetulan aku terjumpa video clip lagu requiem ni. Apalaga aku download mp4 la nak bubuh dlm hp aku.


Pergh Nathan nyanyi mmg style. Daripada sebuah band yg agak totally punk in music mmg terus berubah. Try dgr After the Eulogy. Album tu je dah agak lain dari album diorang yg sebelum2 ni.

Tabik beb dekat diorang ni. Bukan just main2 band je tapi dedicated dgn apa yg diorang buat. Sebab tu aku tabik. Boy Sets Fire mmg terbaik. Aku akan lable diorang band Post Hardcore terbaik pasal aku geli nak lable diorg band Emo/Screamo mcm MTV! Bodoh sial MTV!

Blood



Blood Has Been Shade ni band bukanlah band baru, tapi ini band aku sgt suka, band lama vokalis Killswitch Engaged Howard Jones.


Band ni mmg berbeza la dari Killswitch tapi aku lagi suka Blood Has Been Shade. Album ni pon album lama dan bukan album baru. Tahun rilis 2003 tajuk album Spiral. Kalau berminat bleh la download kat sini. Sure rabak!

Tuesday, February 2, 2010

FINGERPRINT


Tu ari gua punya la cari fingerprint kan dlm net, akhirnya setelah gua request baru la dapat, perghhhhhh rare! Kalau nak download kat sini. Dijamin rabak!

Bengong

Aku tu ari ada post pasal renovation umah mak mentua aku, ntah mana ntah ilang, bongok btoi la.

------------

Ari ni cuaca panas!

Friday, January 29, 2010

crestfallen

ok aku dah buat page dkat facebook utk crestfallen. Kira skarang ni tgh nak ligatkan lagi la band ni. Tgh push lagi 2 org line up aku yg hebat utk jam balik.

------------------------------

Band punya la lama bertapak, kira dah tahap Earth Crisis xpun HandyBlack kalau kat malaysia ni hahahaha tapi hamjadah satu Demo je buat. So skarang ni tgh berusaha keras utk menapakkan balik band ni sedaya upaya mungkin. Byk org pandanag sebelah mata je sebab kita org takda langsung material. Line up entah berapa kali dah tuko, tapi still tak bleh blah jugak. Tukar konsep skit2 pon dah, tuko dressing yg hensem skit dari arip pon dah, apo laei bai?

beta

perghh beta sial, buat blog tapi tak buat papa, padahal aku bukan rajin pun nak menaip2 ni, hahahahahhahah gatal konon2 nak ikut org buat blog aku pon nak buat blog jugak konon hahahahahah lantak!