
4.11.1948-20.2.1995 Hajjah Jumai'ah Haji Said bonda tersayang.
Alhamdulillah harini aku hampir terlupa tarikh ni.
Kenapa?
Hari ni hari jadi bonda, ibu, emak tersayang kami (?) Yelah aku kan ada adik beradik 8 org. Jadi kami la ;)
Ni pun teringat bila aku terbaca wall Facebook adik aku Huda
Oh ya aku nak cerita sikit pasal latar belakang arwah mak aku.
Mak aku anak keempat dari 5 org adik beradik. Panggilan arwah mak adalah Mak Anjang. Anak kepada Haji Said bin Tamrin dan juga Hajjah Bawon Haji Ma'asom. Arwah seorang yang agak pendiam tapi ramah, yelah kalau dia tak kenal sgt kat orang mmg la dia jadi pendiam ;)
Mak berkahwin dengan sepupunya sendiri iaitu Haji Siam Haji Judi. Abah adalah anak kepada Haji Judi bin Karyo dan Hajjah Kamsilah binti Tamrin. Ya arwah mak abah dan arwah bapak mak adalah adik-beradik.
Mak dan abah dikurniakan 8 org anak (ya! 8 tau)
Anak pertama - Badrul Hisham
Anak kedua - Nurul'Ain
Anak ketiga - Siti Nordalela
Anak keempat - Mohd Ainullqamar (aku la)
Anak kelima - Nurullhuda
Anak keenam - Nurul Fariza
Anak ketujuh - Nurul Aqmar
Anak kelapan - Muhd Danial Asyraf
Fuh 8 tau! Bukan senang! Tapi Alhamdulillah kesemuanya sekarang dah besar panjang. dah berkahwin dan berjaya. Kadang-kadang bila teringat arwah mak rasa sedih bila dia tak nampak perkembangan anak-anak dia.
Tapi.....
Allah lebih menyayangi mak.........
Mak pergi meninggalkan kami pada tarikh 20 hb February 1995 seminggu lagi nak beraya ;( dan aku nak ambik SPM pada tahun tu. OMG mmg betul-betul dugaan masa ni. Aku betul-betul menangis bila adik aku yg bongsu tanya kat abah,
"Abah...Mak nak pergi mana?"
Abah dengan cool jawab...
"Mak nak pergi jumpa tuhan"..
Adik aku tanya lagi...
"Tuhan kat mana Abah?"...
Abah jawab..
"Tuhan dimana-mana, kita semua tak nampak, tapi DIA nampak kita"..
Adik aku terdiam lantas abah menyuruh dia mencium mak...
Ya Allah!!
Aku pergi ke sinki dan menangis tersedu-sedu....speechless..................
Oh...........aku dah takda mak....
Keesokan harinya....
Pada hari pengkebumian aku menyaksikan cukup ramai, ya cukup ramai yang dtg berziarah, Alhamdulillah..... Maha suci ENGKAU Ya ALLAH!
Arwah mak disolatkan jenazah sebanyak 2 kali. Yang pertama diatas rumah dan yang kedua dihalaman rumah. (ada court badminton dihalaman rumah ketika itu.)
Dan ketika dibawa ke tanah perkuburan masih ramai yang mengiringi jenazah. Subhanallah!
Samapai di tanah perkuburan dan ketika dimasukkan ke liang lahad, aku masih terkedu dan tersedu manahan tangisan. Abah cukup tenang ketika memasukkan jenazah ke liang lahad. Abah mmg cukup tabah.....
Selesai diletakkan kedalam liang lahad. Abah membuka ikatan dikepala jenazah dan membukanya untuk kami semua melihat untuk kali terakhir jenazah bonda tersayang kami..
Dan ketika papan liang lahad ditutup. Kami semua terdiam sambil membacakan Al-Fatihah dan mengepalkan tanah lalu ku campak kan ke dalam liang lahad.
Selesai Talqin dibacakan...aku pergi ke sebatang pokok dan menangis disitu tanpa segan silu... Allayarham Haji Hamzah (atuk saudaraku dan juiga merangkap Imam Masjid kampung) menenangkan aku dan memberi kata semangat pada ku...
Ya Allah......
Seminggu selepas......
Adik aku yang perempuan bermimpi berjumpa dengan arwah mak didalam mimpi....
"Mak lawa...mak pakai baju putih...." adik aku berkata..
"Mak mandikan kemar, pakaikan bedak"
"Kemar tanya kat mak, tapi mak diam je, mak senyum je.."
"Lepas tu mak tinggalkan kemar sambil lambai-lambai tangan, kemar panggil mak, tapi mak lembai sambil senyum"...adik aku bercerita didepan kami adik beradik, Kak Zah dan juga Cik Com (kawan baik mak)
Ke semua menangis berlinangan air mata....tanpa ada kata-kata...
Sebelumnya....
"Enol pandai masak bubur tak? Mak nak makan bubur, mak lapar"..
Tanpa banyak soal aku gi dapur, hidupkan api, ambik periuk isi beras dan air. Aku sukat macam apa yang mak ajar dan aku tenggek atas dapur.
"Letak garam sikit tau dalam tu" aku dengar mak menjerit perlahan....
Aku ambik kuali, aku cuci ikan bilis dan aku goreng.....Selesai goreng ikan bilis aku ambik lesung dan aku tumbuk ikan bilis..
Kurang dlm 20 minit aku check balik bubur nasi tu untuk pastikan yg bubur tu betul-betul lembut dan tak keras.....
Dah siap aku cedok bubur nasi dan aku letak ikan bilis, tanpa ada sayur, telur masin ataupun udang kering.. aku bawak pada mak..
"Mak dah siap" aku cakap kat mak. Aku pergi kat mak yang duduk kat kerusi malas. Aku letak bubur aku ambik air masak.
"Enol suap ye?" aku ckp kat mak..
Mak makan bubur nasi aku hampir habis!
"Sedap bubur ni" mak cakap kat aku...aku terdiam...
Sekarang..
Ingatan tu tak akan luput dari benak pikiran aku. Aku akan pastikan setiap Juma'at aku bacakan Yassin untuk arwah mak dan juga ahli-ahli keluarga ku yang lain....
Semoga mak berbahagia disana...

Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment