Wednesday, June 1, 2011
Kau, Aku dan Semua Orang Yang Mengenali Kita
Ok, tajuk diatas mmg ada kena mengena dgn video yg aku letak ni. 3/4 hari ni telinga aku asik melekap dgn lagu band You, Me & Everyone We Know ni, tajuknya Something Just Don't Wash Out. Melekat mcm gam dlm kepala otak aku ni, aku xtau kenapa. Tapi aku mmg suka cara diorang ni arrange dan perform lagu ni. Bukan xda band kat Malaysia yg bagus, tp xcukup memikat hati aku hehehe.
Sedikit sejarah pasal band ni. Band ni start dari bawah, release 1 album dan 1 EP tanpa lable (keluarkan sendiri la). Kemudian disunting oleh Top Shelf Record yg mana skarang ni meletop dgn band-band spt Defeater, The Saddest Lanscape, Pianos Become The Teeth dan byk lg. Oh ye korang boleh download 2 album dan 2 EP diorang dekat sini.
Ok lari topik dari band kat atas ni, rata-rata kita ni kawan-kawan mengenali org di lingkaran kita jugak kan? Xkira lah org yg baik ataupun xberap nak baik sebab perangai ada bau haprak mcm lipas kan? Hahaha tapi aku nak menyatakan kat sini yg Alhamdulillah aku dikelilingi orang-orang yg pada aku betul2 kawan, kawan yg mana kita perlukan ketika kita ni betul2 susah, keluarga yg ambik berat dan ramai lagi org. Aku bersyukur sgt2. Aku jugak rasa aku xsanggup kalau mereka ini hilang dari keliling aku. Semoga Allah melimpahi rahmat atas semua org yg menyayangi aku sebagaimana aku menyayangi mereka. Allah sahaja yg membalas jasa-jasa mereka semua.
Syukur!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment